Home News Pelancaran Pelancongan Tuaran

Pelancaran Pelancongan Tuaran

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hj. Hajiji Hj. Mohd Noor bersama Pengawai Daerah Tuaran, En. Ag. Shamsi Hj. Jamih di iringi Pengurus IT MCdN melancarkan gimik perasmian Laman Web Rasmi Pelancongan Daerah Tuaran (www.tuarantourism.sabah.gov.my) pada 18 Disember 2008.

TUARAN 19 Dis. - Penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan Daerah Tuaran dijangka mampu meningkatkan lebih 50 peratus operator pelancongan tempatan baru tahun depan berbanding hanya kira-kira 14 pengusaha tempatan pada masa ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hj. Hajiji Hj. Noor berkata, jawatankuasa tersebut akan memainkan peranan bagi meningkatkan penglibatan penduduk tempatan dalam industri pelancongan.

"Antara tugas kita ialah untuk memperbanyakkan lagi bilangan operator pelancongan tempatan bagi menikmati hasil limpahan nikmat yang dibawa dari industri pelancongan di daerah Tuaran ini.

"Jadi kita akan pastikan penduduk tempatan akan menyertai program bimbingan dan tunjuk ajar jawatankuasa ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan Tuaran di sini hari ini.

Turut hadir, Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar; Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah, Datuk Louis Rampas dan Pegawai Daerah Tuaran, Awang Shamsi Jamih.

Jawatankuasa yang melibatkan kerjasama strategik antara kerajaan negeri dan swasta itu disertai oleh ketua-ketua jabatan Kerajaan Persekutuan dan negeri serta badan bukan kerajaan termasuk sektor swasta.

Menurut Hajiji, jawatankuasa ini akan menggerakkan pelancongan di Tuaran dalam jangka masa panjang bagi memastikan aktiviti pelancongan di daerah itu berkembang pesat sekali gus memberi manfaat berterusan kepada penduduk setempat.

Justeru katanya, jawatankuasa tersebut juga perlu memikirkan bagaimana penduduk tempatan boleh dilibatkan secara langsung dalam industri pelancongan.

"Dengan demikian penduduk tempatan akan sama-sama menikmati hasil pendapatan daripada aktiviti pelancongan kerana kita tidak mahu penduduk tempatan hanya dieksploitasi dan terasa seperti dipinggirkan.

"Jadi satu daripada tanggungjawab besar jawatankuasa ini adalah dengan memastikan keadaan seumpama itu tidak berlaku," ujarnya.

 

 

Utusan: 20/12/2008

 
JA Developer

Recent Projects

Website Customization: Many of our clients choose a popular webdesign and have us customize it for them. It saves us hours of coding time, which in turn saves our customers a lot of money. Below are some recent webdesign customizations:

Name: Baby My Luv
Url: click here.
Name: Tuaran Tourism Board
Url: click here.
Name: Maktab Sabah Web Portal
Url: click here.
Name: Colus Cakes
Url: click here.

JoomlaWatch Stats 1.2.6 by Matej Koval